Baik.

*JANGAN MERASA DIRI BAIK…*

*.. Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.*

*.. Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.*

*.. Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.*

*.. Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita sudah pakai jubah,beserban, bertutup litup dengan sempurna.*

*.. Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.*

*.. Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.*

*.. Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah*.

*.. Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap masa kita menolong orang lain.*

*JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.*

Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah  saat *HATI* kita *IKHLAS* melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt.

Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.

Selalu letak diri kita dalam keadaan

*” aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain “* untuk menjadi lebih baik.
Kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya.

Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad. Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan *REDHA Allah*.
Disamping kita perbaiki diri sendiri serta orang lain.

Hanya Allah yang akan terus beri kita *PETUNJUK* serta *JALAN KEBENARAN.*